3.4.12

Dari Cik Anisah Berubah Menjadi Puan Anisah


Assalamualaikum.



Mulai hari ini aku rasa macam nak post entry pasal kahwin je. Sekarang kan musim orang kahwin. Eh, bukan sekarang tapi setiap hari kot ada orang kahwin kan? Bukan apa, tadi aku puas-puas takde kerja aku duk godek-godek folder gambar aku yang bersaiz lebih daripada 30 Gb tu and then terjumpa la folder yang aku namakan sebagai "Wedding and Engagement". Bila bukak mak aihh banyak giler gegambar majlis kahwin  dan tunang kawan-kawan dan saudara-mara aku kat dalam tuh. 



So, sekarang meh aku reveal gambar kahwin siapa yang ada kat dalam tu okeh. Tapi aku just upload beberapa je laa.. kalau nak upload semua habis la aku.. memang tak selesai la aku nak tulis tesis. Ye ar, duk tunggu gambar loading kat sini untuk upload je, tesis FYP tah ke mana. LOL. 



Okay lets begin with one of my school-mate's wedding. The one and only Puan Anisah Ahmad. Beliau melangsungkan perkahwinan pada 21 Mei 2011. Yeahh dah hampir setahun kan, hari ni baru nak update.Takpe, orang kampung aku cakap better late than never. Kehkehkeh. Btw, Nisah antara kawan-kawan sekolah aku yang paling awal menamatkan zaman bujang. Good job, Nisah ! Perkara baik tak elok ditangguh-tangguhkan. Haaaa gitu.. sedap pulak aku bercakap. HAHA. 



Jommmmm layan gegambaran di bawah ini. 


*pukul gendang*


Selesai akad nikah. Tapi aku tak pergi majlis akad nikah ni. So, gambar ni aku ambil dari Fb Nisah. Jangan risau, aku dah mintak izin beliau nak ambik letak kat sini. HEHE.

Firdaus dan Anisah. Sama cantik sama padan. Pelamin sangat cun okeh !

Majlis bersanding keesokan harinya. Haaaa yang ni Mamay ada. Yeayyy !

Auuwwwwwww sangat cantik kawan aku ini. Ouhhhh. Aku dah jatuh hati dengan baju sanding Nisah. Lawa sesangat kan. 

Di atas pelamin nan indah 

Dah habis gambar pengantin, sekarang gambar kekawan pengantin pulak ye. HEHE
Fieza, Etiey dan Nabil.

Yeahhhh watak yang ditunggu-tunggu. Kihkihkih. :p

Ouhhhh Dayah pun ada jugak. Hai Dayah yang bakal ikut jejak Nisah dua bulan dari sekarang !

Che Bie, Kirah dan kekawan yang lain pun ada. Biasalah kan bila pergi majlis kahwin kawan sekolah mesti akan berlaku reunion secara tidak rasmi. HEHE :)

Bila kami konker meja makan pengantin. hehe







Dah kenyang makan jom kita masuk jumpa pengantin.



Sebelum tu tinggalkan kata-kata manis untuk pengantin dulu. 




Lepas tu terjumpa dengan Si Sakinah yang ayu berbaju hijau itu. Teman sekatil aku masa Form 3. Eh jangan salah faham, teman sekatil tu bermaksud aku tidur kat katil atas, Kinah tidur kat katil bawah. Well budak hostel kan menginap di atas katil double decker. Hoho. 











Ambik berkat. *Ayat klishe bile bergambar dengan pengantin. HAHA

Patutla masa ni muka Etiey dah macam berseri-seri je.... rupanya Etiey pon nak ikut jejak langkah Nisah.
p/s: Etiey kahwin 4 bulan selepas Nisah kahwin. :)

Dayah sayang yang bakal dinikahkan tidak lama lagi. 

Bukan main lagi mesra kan kami berdua. Auwwwww !!!!! Tapi muka aku macam tak merelakan je dipeluk sebegitu oleh Dayh. Ngehhhh222. :p




Okey itu sahaja gambar yang mampu aku upload kat sini. Kalau nak tengok banyak lagi pergi rumah Nisah tengok album gambar kahwin beliau. HEHE. So, kepada Puan Anisah dan Encik Firdaus, Mamay doakan semoga kalian berdua sentiasa gembira, bahagia, dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak-anak yang comel dan soleh serta solehah. Semoga cinta kalian kekal bersemi hingga ke Syurga. Insyaallah...


P/s: Nisah terharu tak baca entry aku nih? HEHE. 


Nota: Entry tentang majlis perkahwinan kawan baik pengarang jantung hati aku, Si Etiey Izzati aku dah update dah. Kalau nak baca boleh klik di SINI (mukaddimah), SINI (akad nikah) dan jugak SINI (bersanding). 


Hingga ketemu lagi. Thanks for reading, peeps ! Take care !


Wassalam.

3 comments:

Anonymous said...

rindu rindu zaman sekolah, duduk2 kat hostel. ramai kawan dah kawin. kita bila la lagi kan. hiksss.

Me is Love said...

waaaa terharuuuu..nanges okeiii (T.T)...thanx mamay!!!!i love it!!

May Maisarah said...

Rara:
Insyaallah kalau dah jodoh tu tak ke mana.. ahhh ayat buku habis. hahaha.



Puan Nisah:
Alolololo.... jgn ar nangis.. nanti kang resah gelisah pulok Abg Daus tgk bini die nangis. hehe. Welcome sayang ! Small the pieces je nih ! =))