Salam. Hai kamu!
|
Masjid Kristal, 2 September 2011 |
Aku rasa semua orang tahu tentang kewujudan Masjid Kristal kat
Kuala Terengganu. Kalau tak tahu silalah bertanya kepada Mr Google okeh! Masjid Kristal, salah satu mercu tanda baru bagi negeri Terengganu. Pelancong yang datang ke Terengganu kalau tak singgah pergi jenguk Masjid Kristal memang tak lengkap lagi la istilah melancong ke negeri keropok lekor ini.
Sedikit informasi tentang Masjid Kristal; masjid ni terletak di Pulau Wan Man, Losong berdekatan dengan Muzium Negeri Terengganu. Kalau dari Jambatan Sultan Mahmud memang boleh nampak jelas Masjid Kristal tersergam indah dengan gahnya. Basically (secara dasarnya *eh apesal beriya benar aku traslate nih*), kalau anda mahu ke Masjid Kristal adalah lebih afdhal (hukum aku buat sendiri) jika anda masuk sekali ke
Taman Tamadun Islam (TTI) di mana di dalam TTI terdapat 21 monumen masjid terkenal yang terdapat di seluruh dunia seperti Masjid Nabawi (Mekah), Taj Mahal (India), Masjid Agung Xi'an (China) dan banyak lagi. Insyaallah, kalau berkesempatan nanti aku cerita pasal TTI ni ye.
Tapi sekarang aku nak cerita pasal Masjid Kristal. Gambar aku dan
sepupu-sepupu semasa membuat lawatan sambil belajar ke sana. Ahah! Tahukah kalian bahawa di saat umat Islam berkunjung-kunjungan ke rumah sanak-saudara di
Hari Raya yang indah untuk bermaaf-maafan tapi kami pergi berjimba-ria di Masjid Kristal dan sekitar Kuala Terengganu semata-mata nak berphoto shoot?! Anda mampu? lol.
Jom layannnnnn!!!!!
|
Candeliar yang besauuuuu punyerrrrr! Kat tengah-tengah bahagian dalam Masjid Kristal. |
|
Zoom in. Haaa... kat rumah anda boleh lawan saiz lampu liplapliplap ni? :p |
|
Calon suami pilihan. :))
|
|
Ini di bahagian luar Masjid Kristal. Nampak jambatan itu? Itulah Jambatan Sultan Mahmud yang aku cerita tadi. Kalau dari sana memang boleh nampak jelas masjid ni.
|
|
Sebahagian kubah Masjid Kristal.
|
|
Tersergam indah
|
|
Satu
|
|
Dua
|
|
Tiga. :))
Dari kiri, Kakak, Eli, Ehem-ehem. Cantik tak baju raya aku? lalalalala~~~
|
|
Selamat datang ke Masjid Kristal. Anda akan dilayan sebentar lagi. Harap bersabar. :p
|
|
Dari pintu belakang.
|
|
Model tak bertauliah. Self-captured ni. :))
|
|
Sekali lagi.
Dari kiri: Kakak, Eli (berdiri), Ehem-ehem, Abang Pyan, Ariff, Yo.
(Kakak, Eli, Yo dan Ariff adalah adik-beradik merangkap sepupu aku. Anak kepada Cu. Abang Pyan abang aku derrr. Aku pun kau nak tanya jugak siapa? Fine, aku adalah insan yang menaip bait-bait ini. Cecececeeee....)
|
|
Haaaa... ingat lagi tak Hari Raya 2011 tarikh dekat2 dengan Hari Kemerdekaan? Sebab tu la ada bendera tu...
|
|
Masa ni panas terik baq anggg!
|
|
Mode: insafffffff...........T__T
|
|
Okehhhhh dahhh jom balikkkkk!!!!
|
|
Eh satuuuu lagiiiiiii.............:))
Sebelum balik rumah singgah di Mekdi (baca: Mc Donalds). Orang lain duk sibuk makan rendang, ketupat dan lemang, kami beriya-iya masuk Mekdi masa hari raya dengan berbaju raya. Aduhai..... :p
|
|
Ayam spicyyyyy...come to Mama please..... >.<
|
|
Makanan berkhasiat. LOL!
|
|
Dua sepupu. :)) |
Dah kenyang makan mari kita pulangggggg yawwwww!
p/s: Anda pernah pergi ke Masjid Kristal tak??? Kalau tak, silalahhhh pergiiiiiii................. :))
Terima kasih kerana membaca entry ini. Saya sayanggggg anda semua. *tetiba*
Have a nice dayyyyyyy people! :))
nota akhir: semua gambar adalah diambil menggunakan DSLR Canon EOS **** (aku tak ingat model apa camera sepupu aku nih. hihik)
2 comments:
may demok.haha...
demok tu menawan eh??? auwww... terima kasihhhhhh!!!! :p
Post a Comment