28.11.11

Sesuci Embun, Sedingin Angin Pagi







Salam.



Penulis masih lagi dalam mood menguruskan badan. Setiap hari lepas Subuh akan adalah seorang cewek dengan azam yang tinggi berlari-lari anak (jogging) di atas trek di padang Kolej 17. Ye, setiap hari. Dan setiap kali jogging pasti si cewek itu akan menangkap gambar matahari yang sedang menonjolkan diri di kaki langit. Oh...tersangatlah indah.....*senyum*



Ini adalah sebahagian gegambar yang berjaya ditangkap (snap) oleh beliau ketika berlari-lari anak. 


Mari kita hayati keindahan alam ciptaan-Nya bersama-sama.......



Camera: Xperia X8 (3.2 MP)
(Diambil dari padang k17)


Tarikh: 17 November 2011

 Langit Ilahi (6.55 AM)



Miss Sunshine..... (6.56 AM)




Panorama..... (7.12 AM)



Indahhh...... (7.13 AM)




Padang (7.14 AM)




 Heyyyy sunshine! (7.15 AM)



 Helloooooo! (7.16 AM)





18 November 2011

 Dinihari...... (6.54 AM)



 Court tenis (6.48 AM)



 Trek joging dari kiri (6.48 AM)



 Trek joging dari kanan (6.49 AM)



 Blok A (6.49 AM)



 Blok penulis- Blok B (6.50 AM)



Blok B lagi. (6.51 AM)


Nota 1: Setiap kali saya joging mesti banyak siput babi sedang berjalan-jalan kat atas trek joging ni. Saya dah habis satu pusingan trek, siput babi baru je berjalan dalam 3 cm kot. Memang patutlah orang selalu cakap lambat macam siput babi. Ko memang betul-betul lambat la siput oi! Terkedek-kedek. kehkehkeh. Btw, banyak jugak gambar siput babi yang saya sempat snap. Ada satu hari tu siap sempat snap gambar siput babi tengah mengawan (kot). haha. Tak percaya? Tengok kat bawah ni. 








Tak clear? Tengok bawah.

Ahahahaha! P/S: habislah saya...tengok aksi 18 SX. kehkehkeh.



Nota 2: Saya baru sedar hakikat sebuah kenyataan hidup bahawa untuk menaikkan berat badan memang SENANG tapi untuk turunkan atau maintainkan berat badan MEMANG payah. Masa awal semester saya joging 2 bulan hampir setiap pagi dapat turunkan 2 kilo JER then lepas tu ada cuti semester saya berhenti joging dalam 3 minggu kot, tengok2 naik semula 2 kilo yang dah turun tu. *sigh*



Nota 3: Tak sia-sia saya dan abang tak pergi tengok bola kat stadium semalam (kalau tengok kat stadium memeyy frustt giler ar kan!). Ye ar, bukan main team Malaysia dah leading 2-0 last-last boleh pulak Pak Arab berjambang tu score 3 gol dalam masa 6 minit. What The Fish! Diorang main 10 orang je kot. Aduhai.... Dah takde rezeki Malaysia...(fikir positif). Btw, saya dah mula cair bila tengok Shahrul Azwari. kehkehkeh. *over!*



Nota 4: Kekecewaan saya sedikit terubat bila balik bilik semalam Paah ada bawak durian dan rambutan manyakkkk oo.... Berpesta durian la kami semalam. Awesome yaww!



Nota 5: Harini birthday roomate saya. So, happy birthdayyyyy, Izyan! Nanti kita celebrate sesama ye. :)



Nota 6: Mood saya agak bercelaru hari ini. Saya pun tak tahu apa masalah saya sebenarnya ni. T__T


Ok, malam ni saya kena habiskan nota Parasitology ni. Jumaat ni ada test. Denggg! Saya tak pernah jatuh hati dengan test! *tongue out*


Have a great day, people! Thanks for your time here. 


5 comments:

re'a said...

wah..awesome..;)..bngga jadi warga kolej 17..hehe

Alia Lokman said...

rajinnye jogging! nak jogging tapi slalu takde kawan =( good luck on losing weight buddy!

May Maisarah said...

@re'a:

hehe..kan2...=))
mehla joging sekali. :p

May Maisarah said...

@mknace:

hai hai..! =))

May Maisarah said...

@alia nl:

alaa..ni pon joging sensorang je...T__T

Btw, thank you so soo much, alia! =)