2.2.11

Ombak Tak Jahatlah..........

Salam.
Oh hai, aku dah selamat jejak kaki di rumahku syurgaku pagi Sabtu lepas. Bila duk rumah biasalah, malas giler nak bukak laptop, online. Aku lagi suka mengadap tv sebenarnya. huhu.

Eh, cepat betullah masa berlalu.Tup2 hari ni dah hari Rabu. Esok dah kena tinggalkan rumah, trip to Johor for my cousin's engagement. Pastu terus kena balik kolej. Ohh tidak.

Bila dah duduk rumah biasalah terus lupa semua hal-hal duniawi. Kalau boleh tak mahu ingat semua benda2 yang menyerabutkan kepala terutamanya hal-hal sekolah. Cuti adalah waktu terbaik untuk kita rehatkan minda, bukan? Cuti juga adalah waktu yang paling ideal untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga tercinta serta teman2 lama.Time nilah dapat berkumpul satu family makan nasi ramai2. Oh nikmat betul. Kalau tak waktu cuti, bila lagi kan. Walaupun sebenarnya banyak sangat kerja dan assignments yang perlu aku setelkan,plus dengan bukak cuti ni terus ada first test, ahh lantaklah. Pelishhh...bagi peluang untuk aku cuti tanpa bebankan otak ni. Aku nak lupakan seketika hal2 akademik tu semua untuk selamanya. (and aku tahu what will be happen bila malam Ahad depan. sure tak leh tidur sebab baru bertungkus-lumus nak siapkan assignments.hahaha.be prepared, girl!)

Petang semalam best. Gumbira dapat lepak2 dengan my girls. Member2 baik sekolah. Trah,Etiey, Lily and Nabil. Macam biasalah, pergi pantai, tapau segala jenis makanan bergoreng kat gerai tepi pantai then terus pergi serbu ombak. (segala jenis makanan disupport oleh bakal cikgu kita,  Cik Etiey Izzati). Oh semalam ombak besar giler. Dah nak naik sampai ke darat. Bahaya ohhhh, saper2 yang pergi berenang memang cari nahas la. Aku ingat nak mandi jugak tapi tu lah, tertingal bikini kat rumah. So, simpan je lah niat tu. HAHAHA. Gedik!

Jumpa dengan budak2 ni semua biasalah, macam2 cerita keluar. Kalau dilayan memang sampai esok pagi pon tak akan habis kan cerita kita? Rindu pulak kat zaman sekolah dulu. Huhu. Bestkan sekolah? Kalau orang suruh aku pilih zaman belajar kat sekolah atau kat universiti, aku lagi prefer zaman sekolah. Sekolah best. U tak best. hahaha. Balik kepada ombak besar tadi, cuaca petang tu comel jer. I meant tak hujan macam sebelum2 ni. So, kitorang lepak2 kat tepi pantai sampai Maghrib. Before balik haruslah bercamwhoring dulu kan. hihi.

Jom cuci matahari.



 Love yang tak berapa nak hidup dahh..hahaha.
 hai girls-girls sekalian. muah muah!

 Ginilah bile snap guna camera 20sen. susah betul nak capture tima kita betul2 tengah melompat kan.
hahaha. tengok ar, tengok ar aku dah ade pitis(duit) nanti aku kejar ko camera besar!




Eh sebelum terlupa, Etiey, thanks for the food. Trah, thanx for the puding and sandwich. mabeles! Seronok dapat jumpe budak2 ni semua. i love u lah semua.

Ok2, dah2 jom balik!
Babai kamu. Have fun with your holidays. muah muah!!!

26.1.11

Kenikmatan Malam Pertama Bersama.....

Dah lame aku tak stay up memalam cam ni. Rasanya ni kali pertama untuk semester ni. Dulu-dulu aku memang selalu jugak stay up especially masa kat matriks and time sekolah duk hostel dulu plus bila musim2 exam. Aku memang suka stay up sebab time tuh semua orang dah tidur and surrounding that time memang best. Tenang. Nak lagi best kalau dapat dengar bunyi cengkerik duk mengawan. Eh. Baru ada feel nak study. And nak lagi masyuk kalau time tuh hujan  lebat pulak. Perghhh memang best kalau dapat sambung tidur je. Tak payah stay up. Hahahahah.



 Teka-teki: Apakah yang terdapat di dalam mangkuk ini?


Biasanya aku akan stay up bila petang tu aku kuat main. Maksud aku bile aku dah beriadah like main tenis or jogging. Bila petang dah main, banyak keluar peluh so memang letih so lepas maghrib mata memang dah malu2 nak terbuka so so..... Sleepy maaa.... Apa lagi kan. Tak payah la nak tunggu lagi. Tidur la jawabnya. Bukan ke ubat yang paling mujarab bila kita mengatuk adalah tidur?

So, (asyik so je dari tadi) bila dah pas Maghrib masuk tidur, kalau bangun pagi esok memang over la kan. Tu nama dia tidur tak HINGAT dunia! But sometimes kerap jugak aku terover tidur sampai pagi esok terus. Huhu. Pastu bila bangun je mula la nak menyesal sebab tak bangun study. Hahaha. Alasan. Padahal memang sengaja buat2 tak sedar bila alarm hp duk meraung2.

Tapi sebenarnya bagi aku stay up dengan tak stay up sama je. Maksud aku dari segi duration study tu lah. Sebabnya, biasanya kalau aku stay up sampai pagi then after Subuh mesti aku akan tidur sampai tengah hari if weekend la. Kalau hari biasa tak boleh la, ada class. Meaning that, kalau stay up, mesti akan bangun lambat. Kalau tak stay up, akan bangun awal. After Subuh kita dah rasa segar kan. So tendency untuk sambung tidur mungkin agak tipis kecuali kalau bangun tidur hujan tengah lebat, confirm akan tarik selimut semula.

Iklan sebentar. 
Tadaaaaa~~~~~~~~~~~~
Slurrppppp22.................

Damping malam. lol


Orait, sambung balik.
Rumusan yang aku dapat buat kat sini is:

If stay up:
9pm-6am---->>study
6am-12 noon---->> tidur (qada')

If tak stay up:
1am-6am--->>tidur
6am-12noon--->>study

Sebab tu aku cakap actually tak ada beza pon, kalau stay up memalam, pagi esok tu mesti akan tidur tak HINGAT dunia. Kononya stay up. hahahaha. Well, semua tu depends on individual la kan. Sesetengah orang memang jenis burung hantu. Tiap2 malam stay up. Layan facebook. Hahaha. Contoh paling dekat adalah housemate aku sorang nih. Dia ni memang selalu stay up. Dia akan tidur after Subuh especially weekend la. Then nak masuk Zohor baru bangun. Huhu. Yang sorang lagi pulak memang jenis tak boleh tidur lambat. Dalam hidup dia memang tak ade istilah stay up barangkali. Dia tidur awal and akan bangun awal.



 Terliur tak?

 Slurrpppp....
Arghhh.....*kenyit2 mata*


Which one is much better? stay up, bangun lambat. Tak stay up, bangun awal?

4.1.11

Bila Intan Ladyana & Irma Hasmi Serbu Rumah Gua. Lu ada??


Wassup bebeh???
Lame tak nampak.Ape citer bro???

Agak kurang sopan bahasa di atas. Once again, salam semua. Semoga anda sihat sejahtera hendaknya.
Macam biasa, ayat wajib, dah lama blog tidak dimanja dan dibelai. Biasalah sejak dah kahwin ni, banyak masa dihabiskan bersama encik suami. Eh jap-jap.
Bila mase hang kawen Cik May oi! Gatai. Gediks!
Hahaha.

Sekali-sekala berangan tak salah kan. Manalah tahu tahun baru 2011 ni status "bujang" bakal bertukar menjadi status "sudah berkahwin". Ehem2. Jodoh pertemuan semua di tangan Yang Maha Esa, bukan? Kita hanya mampu merancang. By the way, aku tak ada rancang apa-apa pon la wehhh... Degree pon tak lepas lagi gatai nak berlaki. Bakal suami pon tak nampak bayang lagi ni derr.... 
Well...Saje nak bergurau mesra. Hikhik.

Ok, sebenarnya entry ni dah lame aku peram. Tetiba hari ni rasa nak publish. Ni kisah sebulan lepas. Guess what?? Intan Ladyana yang gorjess tu yang berlakon jadi heroin dalam filem Adnan Sempit tu yang comel2 tu yang putih gebu tu...haaa yang tu...depa mai umah cheq no. Bukan depa sorang je, Irma Hasmie bekas aweks Nabil tu pon ada jugak. Dan tak lupa Tam, yang kecik2 comel2 tu pon ada. Alaaaa...yang dulu berlakon dalam Cili Padi tuhh...

Meh sini nak habaq lagi. Mereka semua mai rumah aku sebab katanya Intan, dia rindu kat bapak aku. Yelah, bapak aku tuh kan pak sedara dia. Dalam erti kata yang lain, aku nih sepupu la kepada si Intan tu. Jangan main2...sepupu aku femes derr...Dan jangan main2 jugak bahawa anda sedang ditipu!
Banyak la sepupu aku jadi artis!
 Hahahaha.

Tapi, memang mereka ada mai umah aku bulan 12 tahun lepas. (Tahun lepas, macam dah lame jer kan. Padahal baru je 4 hari lepas.)

Dipendekkan cerita begini, sepupu aku punyer suami warga kerja TV3 atau dalam erti kata yang lain he's working with Media Prima. Bulan 12 hari tu kan ada Monsoon Cup kat Terengganu. So dorang seme warga kerja Media Prima mestilah turun padang pergi buat liputan. At the same time, Intan, Irma and Tam antara artis2 yang terlibat sebagai artis jemputan untuk event Monsoon Cup nih. So, dipendekkan lagi cerita kita, suami sepupu aku tadilah yang bawak rombongan Cik Kiah tu datang serbu rumah kami. Geng2 Tv9 plus Intan, Irma dan Tam. 

Tujuan utama mereka adalah: 

NOK MAKANG NASIK DAGANGGGG! (Nak makan nasi dagang)
Mung pahang dok? (Awak faham ke tak??)

Disebabkan aku dah malas nak cerita panjang2, layan jelah aksi2 kiut tetamu2 istimewa yang datang berkunjung ke rumah kami yang tak seberapa ini. Zasssssssssssssssssssss!!!!!!!!!

Sebelum kejadian (kot). Tak ingat ni pic hari sebelum atau selepas. Masa kat Monsoon Cup.
Irma ada, Intan ada. Macam2 ada. Suami sepupu aku yang pakai spek tuh. Dialah yang bertanggungjawab di atas segala-galanya. Hihi.


Jom, ke rumah kami. Irma khusyuk cedok kuah nasi dagang. Eksaited tuh.

Well, Nabil (Raja Lawak) silalah jeles sebab tak dapat makan nasik dagang mak aku masak. Dan yang pasti, Irma sangat gorjes dan cuns. Bodoh lu Nabil tinggalkan Irma. (Ops, maaf Nabil, bukan aku yang cakap, tapi orang lain.)


 
See??? Lawa kan Irma nih...Jadik kakak ipar saya nak tak?? Teheeee~~~


Haaa...aweks Kamal Adli. (Bagi peluang kat abang aku nak posing)

 
Kakak aku pulak. (kakak aku yang pakai cardigan kuning tuh. yang buat peace tuhh...)
(btw, kalau korang perasan, Intan ni kalau amek gambar je mesti buat gaya peace. trademark die barangkali.huhu)


Haa...memperkenalkan Tam dan ayah angkat beliau. 
(Bukan main ayah aku peluk Tam. Eksaited tuh)


Semangat Intan Ldyana makan wooo...diapit oleh mak dan makcik aku.

Sebelum pulang haruslah bergambar beramai-ramai.See, Intan dengan peace die tuh. =)

Lagi....

Lagi.....


Lagi-lagi gila.... Meriah wooo...yang ramai-ramai tuh warga kerja tv9 and tv3.



Cukuplah tuh. Banyak2 sangat letak gambar nanti ada pulak yang loya-loya dan muntah-muntah. Hikhik.
Tapi kan...gambar aku tak de pon sebab time dorang datang umah aku tak ada. Aku ulang, 

TIME TUH AKU TAK ADE KAT RUMAH!!!!!

Rase nak lempang orang je sebab aku tak dapat nak posing2 ngan mereka. Kalau tak, boleh aku ajak Tam tu menari-nari bersama. Eh, apakah??  Actually time tuh aku tengah praktikal kat Nogori Sembilan derr.... Kecewa betul. Paling sadis bila si abang, si kakak, puan emak dan encik ayah tak habis2 duk cerita pasal nih. Eksaitedlah kononnye. Haihhh sabor jelah....

Btw, mereka semua sangat ramah dan baik. Tak sombong pon. (Famili aku yang cakap)
Pastu sekarang ni, bila nampak je Intan or Irma ade berlakon kat tv mesti ayah and mak aku bukak balik cerita ni. saje, nak bagi aku jeles! Dush22!!!!!

-TAMAT-