Assalammualaikum.
Topik kita hari ini adalah fakta di zaman persekolahan (sekolah rendah). Check it out!
Zaman sekolah dulu kita:
- Bawak duit belanja 50 sen je. Tu pon dah kira banyak dah. Nasi lemak 30 sen, gula-gula 10 sen, simpan 10 sen. (Air masak dah bawak dari rumah)
- Kalau bergaduh dengan kawan mesti akan mitak maaf dalam surat lepas tu main pass-pass surat tu masa cikgu duk mengajar kat depan.
- Selalu berebut kawan baik dengan orang lain.
- Balik rumah cerita dekat mak sebab ada kawan sekelas dah tak mahu kawan dengan diri sendiri.
- Buat jadual siapa kena padam papan hitam.
- Sebab dulu tak ada handphone, bila dekat akhir tahun je mesti semua duk pakat bawak buku kulit tebal untuk dijadikan Buku Biodata lepas tu mintak kawan-kawan tulis kat dalam tu. Part paling best: Mesti ada tulis "Makanan kegemaran, Cita-cita, Prinsip hidup bla...bla..bla...(You all mesti ingat kan?)"
- Buku teks semua bawak pergi sekolah. Sudah-sudah beg sekolah dah lagi berat daripada berat badan sendiri!
- Menangis-nangis mintak dengan mak sebab nak beli beg beroda Swan. Time tu kalo bawak beg ada tayar pergi sekolah memang orang pandang kecik besar kecik besar je. HAHA!
- Boleh dikatakan setiap hari beli pemadam getah sebab selalu kalah bila main lawan pemadam. (Kalau kalah kena bagi pemadam dekat orang yang menang.)
- Paling dinanti-nantikan waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan sebab eksaited nak main bola beracun!
- Time cikgu masuk kelas lambat sempat lagi ajak kawan-kawan main getah, main chop tiang dan jugak main batu Seremban.
- Nurse dan doktor gigi ada datang ke sekolah naik Van Kesihatan untuk ajar cara-cara gosok gigi dengan betul. LOL!
- Karangan yang selalu buat kepala jadi pening nak cari idea seperti "Aku Sepasang Kasut, Aku Sebatang Pen..bla..bla..."
- Ada van Milo datang bagi air Milo sejuk percuma. BEST ohhh!!!!
- Siapa yang buat bising dalam kelas nama dia akan terpampang dekat papan hitam.
- Kalau dapat result gempak mesti cikgu suruh jadi pengawas. HAHA! Diskriminasi betul.
- Kumpul sticker anime dan kartun-kartun yang famous seperti Hello Kitty, Goku, Doraemon dan banyak lagi. Lepas tu boleh pulak main tukar-tukar dengan kawan sekelas. HAHA.
- "Tangan ke bahu, jatuh!"
Ok, itu je yang aku dapat ingat setakat ni. Giler best kan zaman sekolah dulu? Mak kejut suruh bangun pagi, siap-siap pergi sekolah, masuk kelas, balik sekolah, buat kerja sekolah, tidur. Esok buat perkara yang macam semalam. How fun being a kid, right?! Tak adanya nak tension2 stress kejadah pikir nak buat Final Year Project, nak cari kerja, bla..bla..bal.... Yang ada dalam kepala cuma fikir nak pergi sekolah, jumpa kawan-kawan, main chop tiang lepas tu balik sekolah terkam dapur carik nasik!! HAHA! Semua clumsy, innocent je kan? Tapi BEST!
Sekarang??? Best jugak sebab tak lama lagi dah boleh kahwin! Ahahahaha. Larikkkk!!!!!
Apa lagi eh yang best time kita sekolah dulu? Mari kita kongsi bersama. Kot-kotlah korang punya kenangan zaman sekolah lain daripada yang lain. Sharing is caring. Caring is Dr Rozmey. Eh?? HAHAHAHA!
Peace, yawww! Have a nice day readers!
11 comments:
hahaha. kreatif mu ni may ades haha
Ahahaha..beginilah bila jadi suri rumah sepenuh masa..sambil tunggu suami pulang buat la ape yang patut.kehkehkeh.
Haha,tersenyum mengenangkan sek rendah. ;)
Ada lagi yg best time sek dulu,
1)Tak sabar tunggu waktu rehat sbb nak main teng teng, galah pjg, kejar2 dgn kwn.
2)Suka mengadu kat cg kalau ada org buat salah.
3)TIme sambutan merdeka,mesti ada tempahan cupcake siap dgn bendera Msia lg.
4)Selain Milo, ada lori dtg jual susu lembu pelbagai perisa. Ak suka perisa Strawberry!! :)
Time sekolah rendah ak lg suka bwk bekal, sbb kantin sekolah tak jaga kebersihan. Igt lagi ada jumpa telur lipas dlm nasi lemak. Uwekk! =.="
@Afnan:
Whoaaa..menarik2.....ade lagi, van vitagen pon ade dtg jugak.hehe. =))
tersenyum baca entry kamu..hehe
@re'a:
Hihi..thanks!
Ade lagi. Hari khamis kena basuh kasut.
Ari sabtu baru kering.:)
@Asrul Rae X:
Hoho..betul betul betul!
cikgu slalu cek kuku kot..kalu panjang,kne rotan dgn pembaris.tak sakit pom...hehe
awak ingat x lagi kita pernah balik sekolah same² dlu.hehehe
-->anon:
haa..ingat2..awak kejar saya kan?hahaha
-->lily:
haha, tahu xpe!
Post a Comment