2.2.11

Ombak Tak Jahatlah..........

Salam.
Oh hai, aku dah selamat jejak kaki di rumahku syurgaku pagi Sabtu lepas. Bila duk rumah biasalah, malas giler nak bukak laptop, online. Aku lagi suka mengadap tv sebenarnya. huhu.

Eh, cepat betullah masa berlalu.Tup2 hari ni dah hari Rabu. Esok dah kena tinggalkan rumah, trip to Johor for my cousin's engagement. Pastu terus kena balik kolej. Ohh tidak.

Bila dah duduk rumah biasalah terus lupa semua hal-hal duniawi. Kalau boleh tak mahu ingat semua benda2 yang menyerabutkan kepala terutamanya hal-hal sekolah. Cuti adalah waktu terbaik untuk kita rehatkan minda, bukan? Cuti juga adalah waktu yang paling ideal untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga tercinta serta teman2 lama.Time nilah dapat berkumpul satu family makan nasi ramai2. Oh nikmat betul. Kalau tak waktu cuti, bila lagi kan. Walaupun sebenarnya banyak sangat kerja dan assignments yang perlu aku setelkan,plus dengan bukak cuti ni terus ada first test, ahh lantaklah. Pelishhh...bagi peluang untuk aku cuti tanpa bebankan otak ni. Aku nak lupakan seketika hal2 akademik tu semua untuk selamanya. (and aku tahu what will be happen bila malam Ahad depan. sure tak leh tidur sebab baru bertungkus-lumus nak siapkan assignments.hahaha.be prepared, girl!)

Petang semalam best. Gumbira dapat lepak2 dengan my girls. Member2 baik sekolah. Trah,Etiey, Lily and Nabil. Macam biasalah, pergi pantai, tapau segala jenis makanan bergoreng kat gerai tepi pantai then terus pergi serbu ombak. (segala jenis makanan disupport oleh bakal cikgu kita,  Cik Etiey Izzati). Oh semalam ombak besar giler. Dah nak naik sampai ke darat. Bahaya ohhhh, saper2 yang pergi berenang memang cari nahas la. Aku ingat nak mandi jugak tapi tu lah, tertingal bikini kat rumah. So, simpan je lah niat tu. HAHAHA. Gedik!

Jumpa dengan budak2 ni semua biasalah, macam2 cerita keluar. Kalau dilayan memang sampai esok pagi pon tak akan habis kan cerita kita? Rindu pulak kat zaman sekolah dulu. Huhu. Bestkan sekolah? Kalau orang suruh aku pilih zaman belajar kat sekolah atau kat universiti, aku lagi prefer zaman sekolah. Sekolah best. U tak best. hahaha. Balik kepada ombak besar tadi, cuaca petang tu comel jer. I meant tak hujan macam sebelum2 ni. So, kitorang lepak2 kat tepi pantai sampai Maghrib. Before balik haruslah bercamwhoring dulu kan. hihi.

Jom cuci matahari.



 Love yang tak berapa nak hidup dahh..hahaha.
 hai girls-girls sekalian. muah muah!

 Ginilah bile snap guna camera 20sen. susah betul nak capture tima kita betul2 tengah melompat kan.
hahaha. tengok ar, tengok ar aku dah ade pitis(duit) nanti aku kejar ko camera besar!




Eh sebelum terlupa, Etiey, thanks for the food. Trah, thanx for the puding and sandwich. mabeles! Seronok dapat jumpe budak2 ni semua. i love u lah semua.

Ok2, dah2 jom balik!
Babai kamu. Have fun with your holidays. muah muah!!!

5 comments:

ENCIK TIKUS said...

pehhh sakan gilaaaa, grrr

ada mokhtar said...

bestnye bercanda tepi pantai =)

May Maisarah said...

@encik tikus:
=))

@ada mokhtar:
oyeahh memang best!!!

izzatiizhar said...

aaaa. nak pegi pantai gaaak. sini xde :(
awk, follow sy. sy tuka blog baru :DD

May Maisarah said...

zati:
jom la dtg tganu.hihi.

okai2.