SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!!!!!
Wah wah wahhhhh......sakan beraya noo.....sampai tak hingat nak balik rumah ye kome-kome semer ni yer?????
Dah hampir 2 minggu balik kampung baru hari ni dapat meriahkan blog sendiri. Bahagia dan gumbira betol balik beraya kali ni. Tak tahu kenapa. Dan tak dapat nak diungkap dengan kata-kata betapa bersyukurnya aku dikurniakan dengan nikmat ini oleh Yang Maha Agung di atas sana kerana diberi peluang untuk bertemu Ramadhan dan Syawal yang menenangkan hati dan jiwa. Alhamdulillah.....(Ada rasa insaf tak?)
Yelah kan, masa raya ni lah dapat berkumpul semua adik-beradik, saudara-mara, rakan-taulan yang nun jauh di hujung dunia dan yang dah bertahun-tahun tak jumpa. Masa ni lah jugak waktu untuk mengeratkan semula hubungan yang makin hampir terputus, membetulkan apa yang yang kusut, menjernihkan segala kekeruhan yang terjadi, dan yang paling penting masa ni lah waktu sesuai untuk KUMPUL DUIT RAYA!!!!!!!! (Maksud aku, kanak-kanak la)
Tapi kan....walaupon aku bukan lagi kanak-kanak yang gumbira sakan bila dapat duit raya, aku tetap HAPPY SANGAT-SANGAT sebab tahun ni kan...tahun ni kan aku dapat jumpa dengan kawan-kawan sekolah rendah aku yang dah sepuluh tahun tak jumpa. (Padahal kami semua duk sekampung jer)
Yelah kan masing-masing sibuk dengan tanggungjawab dan komitmen masing-masing. Dah tak ada lagi masa nak naik basikal sama-sama pusing kampung, main kejar-kejar, main hide-and-seek lepas habis waktu sekolah dan macam-macam lagi kisah budak-budak sekolah rendah yang penuh dengan kegembiraan semata-mata.
Ini sebahagian memori yang tercipta anatara kami pada hari raya ketiga dan kelima tahun ini. Layannnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!
" Menjadi jugak semua anak-anak murid cikgu ek,'' ayat yang paling aku tak leh lupa. Hahahaha.
Fuhhh....letih. Nak g sambung makan almond london jap. Bai.
No comments:
Post a Comment