23.1.12

Januari 2012






Salam.


Alhamdulillah, selepas seminggu berhempas-pulas akhirnya aku dan Amy dah siap collect data Final Year Project (FYP) Jumaat lepas. Fuhhhh penattt hokeh! Keliling satu kampung pergi jumpa orang-orang kampung mintak air dari rumah mereka untuk dijadikan sampel kajian FYP. Semuanya baik-baik sahaja. Orang-orang kampung sangatlah baik hati,beri kerjasama sepenuhnya kepada kami. Sampel dah setel, tinggal lagi masuk lab untuk analisis air tu. Yang tu nanti-nantilah....., sekarang kita cuti dulu puas-puas seminggu ni. Ye,seminggu je sebab 30 hb ni aku kena balik kampus masuk lab pulak. Aku bajet seminggu je untuk part analisis tu sebab plan asal nak balik semula ke Terengganu lepas setel analisis air sebab nanti nak pergi hantar kakak ke Penang. Sambil tu boleh cuci-cuci mata di Penang. Yeahhh! (btw, cuti semester aku adalah sehingga 19 Februari)





Tutup dulu kisah FYP yang serius tu. Sekarang kita cerita hal-hal ringan jelah. Cerita sepanjang Januari 2012.  

Dewan Peperiksaan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (UPM)

Semester pertama bagi tahun terakhir aku di UPM ditamatkan dengan peperiksaan akhir pada 3, 5 dan 9 Januari 2012. Macam biasalah, kalau orang tanya aku macam mana exam, jawapan aku: "jawab tu boleh, cuma tak tahu je betul ke tak. lol". Usaha dah, sekarang berdoa jelah mintak-mintak pensyarah semua lembut hati time semak paper aku seterusnya bagi aku markah lebih. HEHE. Malas nak letak harapan tinggi sangat takut nanti kecewa. Huhu. Setakat ni puas hati lagi la dengan CGPA sekarang. Cuma aim untuk grad dengan First Class Honour macam dah mustahil je kecuali kalau dapat skor 4 flat both semester... #berangan.



Nana dan Mamay. :)



Ketika teman-teman seangkatan duk bertungkus-lumus study untuk kertas peperiksaan terakhir aku dan Nana dengan gigih pergi Jalan TAR semata-mata sebab nak makan laksa penang! (Dekat pasar malam Jalan TAR ada laksa penang sedaappppp tau!) Cekal betul kan hati kami? Nak buat macam mana, perempuan mengidam ni tak boleh main-main. HAHA. :p


Awesome! Kalau boleh dengan mangkuk tu sekali aku nak telan! *over*



girlfriend. :)


*add caption*


Lepas kenyang makan pergi usha-usha shawls di Jalan TAR. Niat hati nak usha2 aje tapi entah macam mana boleh TERbeli lima helai shawls. Ouhhh maafkan wanita ini yang naik hantu bila nampak shawls yang cantik dan paling penting MURAHHHH okeyyy! *hai Nana!*


Testing shawls. yang dekat tangan aku tu semua aku rembat beli. hihi. ;))


Sebelum habis minggu kuliah aku dan budak-budak course semua duk sibuk setelkan barang-barang keperluan untuk FYP kami. Nak tahu lebih lanjut mengenai FYP aku boleh baca di sini.


Aku dan Imah. Bertungkus-lumus setelkan barang-barang keperluan FYP

Habis exam 9 hb, malam tu keluar lepak-ing bersama Abang Syawal sempena meraikan kemerdekaan budak Mamay yang dah habis final exams. Ouhhh. Bahagia betul bila ada orang yang baik hati nak meraikan kemerdekaan habis exam dengan belanja kita makan. Terima kasihhhhh Syawal sebab tunaikan janji anda. Hihi. *terharu*. Mula-mula memasing tak tahu nak pergi mana, last2 lepak dekat Mc D kat area Bangi tu. Plan nak tengok wayang jugak, sekali duk sembang-sembang tak sedar dah lambat, kalau pi terjah masuk panggung kompem nanti aku tak dapat masuk kolej sebab kena tahan dengan pak gad sebab balik lambat. huhu. Takpelah, next time keluar lagi. :))




*bayangkan kat sini gambar aku dengan Syawal tengah makan dekat Mc D. hehe*



10 hb aku bertolak balik ke rumahku syurgaku. Oyeahhhh! Balik awal untuk selesaikan FYP. Macam yang aku cakap awal-awal tadi, alhamdulilllah aku dan Amy dapat selesaikan data collection dalam masa seminggu.  Jangan tak tahu bahawa Encik Supervisor aku ada jugak turun padang datang ke Terengganu semata-mata nak tengok kami collect data. Fuhhhh... cuak jugak sebenarnya takut-takutla ada yang tak kena ke apa kan. But praise to Him, everything went smoothly. Alhamdulillahhhh... legaaa. Sempena meraikan kedatangan Encik Sv ke Terengganu, kami menjemput beliau ke rumah untuk menikmati nasi dagang air tangan ibunda tercinta. :))


Aku dan Amy. Menemani Encik Sv makan malam di Kedai Air Buah Gelas Besar, Seberang Takir, Kuala Terengganu.  Nampak tak gelas air kat tengah-tengah tu? Berani? haha.


Dah setel data collection FYP, semalam aku dan family bertolak ke Kuantan sebab ada majlis aqiqah si kecik gemok, Hazim. Haaa... tahu tak Hazim dahhh makin gemokkk dan comelllss sekarang! Ahh gerammmm tengokkk budak kecik tu. Grrrrr. Tidur kat sana satu malam, petang tadi selamat sampai di rumah. Sekarang dah rinduuuuu dekat Hazim.T__T



Best pergi Kuantan sebab dapat berkumpul lagi bersama Pak Long and Co. Walaupun tak cukup korum tapi still meriahhh. Lepas ni akan berkumpul di Dungun pulak untuk majlis perkahwinan Cik Sepupu bulan Mac nanti. Harap-harapnyaa aku dapat balik. Lagi satu yang best sangat semalam kat Kuantan sebab dapat kek birthdayyyyy special punya dari sepupu yang baik hati, Kak Bedah. Yeyyy! Tapi tak tahu nak cakap ni kek untuk birthday yang dah lepas atau becoming punye. HEHE. Tak kisah la, yanh penting tertunai hajat nak makan kek Secret Recipe. Hihi. Nantilah aku update lagi ye kisah dekat Kuantan. 



Jom tidur. Penat collect data FYP tak hilang lagi ni tau. Huhu. Okay, selamat malam sayang-sayang saya semua. 


p/s: Awak yang kat HSA tu, jaga diri elok-elok. Moga2 semuanya selamat. Insyaallah... 


2 Respond(s):

adham ismail said...

tq2! B)

p/s:may smakin selim melim! :D

May Maisarah said...

Welcomeeee!!!! ;))

itu gurauan atau pujian atau perlian? huwaaaa. :'(