7.1.12

FYP: One Step Closer


Salam.


Hai awak! Ye awak yang membaca belog ini. Apa khabar? Semoga gembira dan gemuk-gemuk selalu macam _______ *sila isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai*




Okay, hari ni nak cerita pasal tanggungjawab saya sebagai pelajar tahun akhir di bumi UPM yang damai dan tenang ini *tangan ke dagu, mata ke langit*. Semalam adalah hari yang agak memenatkan bagi insan bernama May. Gigih menyetelkan barang2 untuk persiapan menyiapkan kerja kursus tahun akhir aka FYP. Huhhh... Saya dah pernah cerita pasal proposal saya dekat sini. Proposal dah setel, presentation proposal pon dah setel beberapa minggu yang lepas. So now we will move on to the next which is data collection. 



Btw, bagi yang nak tahu la kannn, tajuk FYP saya adalah:



HEALTH RISK ASSESSMENT OF LEAD EXPOSURE IN DRINKING WATER, IN KUALA TERENGGANU, TERENGGANU. 



Confirm  kamu tak faham kan menatang apa lah yang aku nak buat ni. Okay2, rilekssss, cool babeyh cool.... Secara ringkas yang saya boleh bagitahu untuk bagi kamu faham pasal FYP saya ni.  Basically, saya buat risiko tahap kesihatan bagi komuniti di Kuala Terengganu terhadap kesan lead atau plumbum di dalam air minum. Macam ni, bagi yang belajar Sains mesti tahu kan lead tu menatang apa. Lead bukan merujuk kepada jualan murah besar-besaran di Sogo pada hari ini mahupun ada kaitan dengan baucer buku RM200 yang kerajaan bagi pada semua pelajar IPTA di seluruh Malaysia. Bukan... bukan yang itu sayang. 



Lead is one of the metals that we can find on the Earth crust (ok ni ayat pertama dalam thesis saya. haha). Lead ni sebenarnya boleh ada dalam air minum iaitu merujuk kepada air paip. Tapi dia punya concentration is very the lowwwww. Pendedahan kepada lead dalam jangka masa panjang boleh menjejaskan kita punya central nervous system (CNS), kesan kepada buah pinggang, sistem pembiakan dan banyak lagi. Takkan saya nak cerita semua dekat sini pulak kan. Kalau nak tahu lebih jelas pasal lead silalah tanya pakcik saya iaitu Pak Google. 



So, nanti masa data collection saya akan pergi ke rumah orang2 kampung berdekatan dengan rumah saya (mereka respondan kajian saya) untuk ambil sampel air paip dan jugak buat sedikit soal jawab (questionnaires) terhadap mereka. Oh ya, saya tak buat sorang2 tau sebab saya ada couple FYP. Pasangan saya iaitu Cik Aminah. Kami berkongsi respondan yang sama. Kajian lebih kurang sama cuma dia kaji kesan terhadap Aluminium. So nanti beliau akan tinggal di rumah saya sepanjang data collection. Beliau ni orang Kedah baq ankkk! :))


Ini ice-box. Harap maaf,dalam tu takde aiskrim cornetto.



Haaa ice box kat atas tu sebenarnya kami tak guna sebagai tujuan preservation pun. Kami ambil sebab senang nak letakkan water sample yang dah diambil nanti. Oh ya, preservation. Here is the principle. Once we collect the water samples, we have to analysed it by using Atomic Absorption Spectrophotometer (AAS) in order to identify the concentration of lead. However, because of our time limitation which we can't bring the water sample right away after the collection we have to preserve it (water sample). There are many ways to preserve the water sample which one of them is by put it in the ice box at certain degree Celsius. But... preserve it in ice box is little bit lecehs and cerewets, so we go to then second option which is by adding the nitric acid which the concetration of 69%. *eh ehhh kenapa aku cakap bahasa penjajah ni??*


Kat dalam tu bukan air teh tapi nitric acid ye sayang2 sekalian.
Haaaa, bila dah ambil sampel air nanti bolehlah masukkan sebanyak 5 titis nitric acid ke dalam sampel air tersebut. Dan tahukan anda bahawa sampel air yang sudah dimasukkan nitric acid mampu bertahan selama 6 bulan sebelum dianalisis! Hebakkkk hebakkkkkk....! So nanti tak perlulah saya bersusah payah terus nak berkejar balik ke UPM untuk analisis air ni.


Haaa... inilah botol yang akan digunakan untuk mengisi air yang bakal diambil daripada rumah penduduk kampung. HDPE bottles.

Ce bilang ce bilang ada berapa semua ni.

Bilangggggggg cepatttttt!!!!

Bilanggggg saja bilang kau mahu *baca sama macam nada Agnes Monica nyanyi lagu Bilang Saja (eh betul ke tajuk lagu macam tu. ahhh ada aku kisah?)*



Overall, saya memerlukan sebanyak 200 bijik HDPE botol ni. Amy jugak memerlukan 200 bijik.Total 400. Haaa amekkk macam mana nak angkut bawak balik ke Terengganu ni??? Masakkkkkk.....! Rileks2... cool.... sebenarnya hal barang2 ni dah setel dah. Saya mintak tolong kawan baik saya iaitu Nabilah bawak balik barang2 ni ke Terengganu. Kebetulan betul, beliau datang ke Kl semalam so saya menagih belas ihsan beliau untuk menumpangkan barang2 ini pulang bersama beliau. Ouhhhh saya sangat terharu okehhh!!!!!




Ini tak termasuk dalam senarai barang2 FPY saya. Hihi. Ini Zahidah, aka Ida  teman sekuliah yang sama2 buat FYP  dalam bidang yang sama. Tajuk kami lebih kurang sama, cuma tempat je yang berbeza. Beliau buat dekat kawasan felda di Negeri Sembilan.


Dan ini pulak pasangan Ida iaitu Imah. Mereka buat FPY bersama-sama. Gambar masa dekat lab semalam, setelkan barang2 ni laaa.  


Dannn inilah pasangan FYP saya. Hai Amy! Beliau tengah duk bilang penutup HDPE botol tu,. Amy, eksaited tak nak ikut Mamay balik Terengganu???? Cepat cakap eksaiteddd sambil lompat2!

Ini antara peralatan yang kami akan gunakan semasa data collection nanti. Semua ni dah selamat  bagi pada Nabilah untuk dihantar pulang ke kampung halaman.




Itu sahajalah sedikit sebanyak mengenai peralatan yang akan saya gunakan dalam menyiapkan FYP saya yang merupakan syarat wajib untuk bergraduat! Kalau tak buat FYP tak boleh graaaadddd tahuuuu!!!!!! Saya akan mula buat data collection pada cuti semester minggu depan. Balik rumah, YEYYYYY!!!! Untuk yang terakhir kalinya, terimalah sebuah pantun daripada saya:

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
Ehhh ko ape hal nak pantun2 bagai! Takde pantunnn..takdeeeeeeee......!



Maaf, saya hanya bercanda mesra. Sebenarnya nak tunjuk ni haaaaa:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

.
.
.
.
.



Inilah kolej yang aku diami sejak 3 tahun yang lepas, Kolej 17, UPM. Diambil dari tingkat 6 bangunan makmal Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UPM. Cantik tak kolej aku????? Ahhh ko tak jawab pun aku tahu kolej aku memang cantik. Paling cantik, bergaya, mewah dan awesome sekali di UPM! Kolej kau ada gaya macam ni??? Takde kannnnn...... Aummmm!!!!!! *maaf, TEROVER!*





Nota 1: Saya dah selesai 2 paper final exam, tinggal lagi satu paper pada hari Isnin ini. Lepas tu boleh balikkkkk!!!!!


Nota 2: Saya dah kemas barang2 saya. Dah setel dalam 70%. Lagi 30% akan disetelkan bila habis paper Isnin ni.


Nota 3: Tak sabar nak tunggu Isnin ni nak jumpa Abang Syawal yang hensem, manis dan macho sebab beliau dah janji nak belanja Mamay Mekdi dan chocholate cake. yeyy!!!!


Nota 4: Petang ni akan bersosial bersama Nor Hana di suatu tempat iaitu *rahsia*. Yeyyy lagi sekali! Nanti saya cerita kisah sosial saya dengan beliau ye. Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~~~~



Ok dah habis, selamat berhujung minggu bersama insan2 tersayang. *hai bakal suami*


Ok dah, babai!


0 Respond(s):