Salam.
Hai. Aku dah selamat sampai di Kolej 17 yang tercinta selepas menghabiskan study week dengan penuh bermanfaat bersama kesayangan2 aku. Bermanfaat sangatttttt sampai satu nota pun tak sentuh! Minggu penuh kasih sayang bermula pada hari Khamis lepas, ohhh bukan Khamis baru2 ni tapi Khamis yang lepas lagi satu. Faham tak? Maksud aku Khamis dua minggu lepas. Masa tu aku balik ke Terengganu bersama abang, kakak ipar dan adik kepada kakak ipar aku. Tak tahu apa istilah yang sesuai antara aku dan adik kepada kakak ipar aku tu. Dia adik ipar kepada abang aku, aku adik kandung kepada abang aku aka adik ipar kepada kakak ipar aku so aku dengan adik kepada kakak ipar aku jadi??? Aku tak tahuuuu... Nantila aku carik istilah yang sesuai ye.
Gerak dari Kl dah lambat,dalam 6.30 petang. Then singgah di R&R Temerloh. Tempat wajib singgah bila balik ke Terengganu.
![]() |
| Suami dan isteri tersayang. Muka kekenyangan serta keletihan. >.< |
Sampai di kampung halaman lebih kurang pukul 2 pagi kot. Balik kali ni sekejap je. Jumaat just lepak2 kat rumah and then malam tu abang ajak kami semua makan kat Restoran Nil kat Jalan Banggol. Family aku dan jugak family kakak ipar. Meriahhh ouhhhhh.....
Tapi kan.... sebelum pergi tu aku kena marah dengan ayah sebab lambat siap. Ye ar, aku tidur petang tu, bangun2 je diorang seme dah siap2 nak pergi.... Ayah aku biasa ar, beliau mana boleh orang lambat2 ni. Bayangkan aku ada masa dalam 10 minit untuk bersiap. Giler ape?! Fine, salah aku jugak sebab tidur tak ingat dunia. Ayah dah membebel- bebel dah sound aku suruh cepat bersiap. Terus aku jadi takde mood nak pergi. Betulllll... Baju pakat sarung je mana yang mampu dicapai... Nasib baik ingat lagi nak pakai baju semua tu. T__T
Tapi..... bila dah sampai dekat restoran tu.. bila tengok segala macam lauk-pauk terhidang indah kat atas meja terus jadi ADA MOOD semula! Hahahaha.
![]() |
| Sampai kat restoran makanan dah terhidang rapi sebab abang dah booked awal2 sebelum tu. |
![]() |
| Masa ni ada lagi family kakak ipar yang tak sampai lagi. Ye-ye je ayah nak cepat2 tadi. |
![]() |
| Macam2 ada. |
![]() |
| Abang nombor 2 bersama ikan siakap masak 3 rasa. |
![]() |
| 3 layers syrup for me. :)) |
![]() |
| Keluarga kakak ipar |
![]() |
| Bank pada malam itu. hikhik |
![]() |
| Abang dan bapak mertua beliau. Naaahhh sekarang da tahu kan dari mana datangnya hidung kakak ipar aku tu???? Hihiii :)) |
Terbaikkkkk!!!!!!
Dipendekkan cerita keesokkan hari kami semua bertolak ke Kuantan untuk majlis tunang sepupu aku. Pasal tunang tu nantilah kalau rajin aku cerita lagi. Yang paling best mestilah sebab dapat jumpa Hazim dan Aiman. Aku stay kat Kuantan sampai hari Isnin. Pagi Isnin balik Kl. Sampai kolej sunyi giler sebab ramai yang balik kampung. Ye la, study week. Memang boring sikit kalau stay kat kolej time study week. Last sekali aku decide untuk balik Rawang. Lepak kat rumah abang. Balik sana hari Selasa lepas. Bukan main haa bawak balik buku dan nota2 kuliah satu beg. Niat nak study kat sana. Tapi hampehhh.... Balik Rawang kerja aku makan tengok tv tidur makan tengok tv tidur belek nota 5 minit then tidur lepas tu makan lagi. Macam tulah aku setiap hari. Aduhai.....
Tapi kannnn aku tak menyesal pon balik Rawang even aku tak study seperti yang diniatkan pada mulanya sebab aku sempat tengok Final Maharaja Lawak Mega semalam. Pehhh terbaekkk la Boboi. Walaupon Boboi hanya dapat tempat kedua tapi mereka tetap terbaik bagi aku. Osbon memang layak menang sebab lawak mereka memang menjadi semalam. Lepas ni Os dah tak payah bawak teksi sebab dah kayoooooo!!!!
Ok, back to reality. Hari ni aku nekad nak balik kolej. Aku ada masa 2 hari lagi untuk study. First paper hari Selasa ni. Harap2 sempat aku khatamkan nota yang berlambak2 ni. Sekarang memang kena betul2 limitkan masa tidur aku. Nak berjaya kena la berkorban sikit kan.
Esok pagi nak jogging. Dah 2 minggu aku tak joging. Tak sanggup nak naik atas penimbang berat buat masa ni sebab dah tahu memang paling kurang pun berat mesti dah naik lagi sekilo 2. Balik rumah makan tak ingat!!! Masa kat Kuantan lagi laa... mak si Hazim ni asyik hidang kek coklat je memanjang... Adehh...dugaan betul... dugaan tu memang dugaan tapi nak tolak memang tak la kan. HAHA. Salahkah orang2 kesayangan aku sebab selalu bawak aku makan sedap2 terutamanya abang. Ye dak? (alasan!) HEHE. Semalam makan spaghetti sedap dekat Rawang. Tadi before balik kolej melantak dulu chicken chop dekat Jusco. Aduhai.... dugaannnn. :p
Oh ya, hari ni hari terakhir bagi tahun 2011. Kiranya ni adalah entry terakhir untuk tahun ini. Kejap lagi masuk tahun baru. Azam? Malas nak cerita pasal azam. Kalau berazam je, tapi tak berusaha nak realisasikan azam tu tak guna jugak kan? Azam aku biar aku je lah yang tahu. Sampai masa nanti aku cerita. Tu pon kalau sampai masanya lah. hehe. Semua orang duk sibuk ucap selamat tahun baru dekat Facebook. Aku malas la nak ucap. Ucap ke tak ucap ke 2012 tetap datang. Yang penting bagaimana kita mensyukuri nikmat yang kita dapat sepanjang kita hidup ni. Dan bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk bernafas hingga saat ini.
I got to go now. Dah panjang pulak aku duk melalut dekat sini. Nanti bila aku stress study aku datang lagi yer. Hihiiii.... Tahun baru aku tahun ni memang besttt sebab dimulakan dengan FINAL EXAMS! Wuhuuuuu...AWESOME! Selamat studyyy bagi yang akan menempuh peperiksaan akhir macam aku. Jangan stress2!
![]() |
| Jumpa gambar ni dekat Fb kawan. :)) |
Okayyyy..... Jommmmm studyyyyy!!!!!!!
Selamat malam sayangggg!!!! :))
















0 Respond(s):
Post a Comment